Monday, January 26, 2009

Menjadikan Diri Secantik CLOEPATRA

Menjadikan Diri Secantik CLOEPATRA

“CLEOPATRA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG WANITA YANG SANGAT CANTIK.MANAKAN TIDAK,KERANA KECANTIKANNYA ITULAH TELAH TUNDUK DUA ORANG YANG PALING BERKUASA DI ROM PADA WAKTU ITU.SEORANG BERGELAR CEASER DAN SEORANG LAGI JENERAL PERANG”

Kedua-dua lelaki ini, Julius Ceaser dan Mark Anthony akhirnya terbunuh.Secara tidak langsung kematian mereka dikaitkan atas kehadiran Cleopatra dalam system pemerintahan Rom purba.

Benarkah dia cantik? Menonton filem-filen tentang Cleopatra terutama yang dilakonkan oleh Elezabeth Taylor misalnya,kita akan mengatakan,ya dia memang cantik.

Satu patung Cleopatra yang dipamerkan di sebuah muzium Britain menggambarkan tubuhnya sederhana,tinggi tidak lebih 1.52 metre dan tembam.Patung ini direka berpandukan teknologi penjelmaan wajah terkini.Tetapi pada ukuran begini,Cleopatra tidaklah secantik mana,malah sudah tentu kecantikan Elizebeth Taylor jauh mengatasi.

Masalahnya,kenapa Julius Ceaser dan Mark Anthony hingga jadi ‘mabuk’ ?

Cleopatra dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama 3 abad.Dia mula berkuasa ketika berumur 17 tahun.3 tahun selepas berkuasa,dia menggoda pemerintah Rom,Julius Ceaser.Akibatnya lahir seorang anak,Ceasarion.

Bagaimana Julius Ceaser begitu mudah tunduk padahal dia dikelilingi para jelitawan Rom yang pastinya mengatasi Cleopatra ?Mengapa Ceaser tidak sedar strategi Cleopatra menjalin hubungan dengannya barangkali untuk menyelamatkan Mesir daripada kuasa Rom?
Padahal Empayar Rom kerap mengancam untuk menakluki Mesir,manum gara-gara Julius Ceaser yang lemah oleh seorang wanita yang tidak begitu cantik ini telah membuatkan Mesir kekal merdeka selama 20tahun berikutnya.

Bukan hanya dengan Julius Ceaser bahkan dengan Jeneral Perang Mark Anthony juga.Apa yang membuatkan kedua-dua lelaki ini saling menyimpan cinta berahi terhadap Cleopatra? Mark Anthony lebih kalut lagi apabila dia membunuh diri apabila dia mengetahui Cleopatra telah mati.Bukankah dia itu seorang jeneral perang yang sudah semestinya gagah,berjiwakan besi?

Wajah yang mendomonasi

Inilah ajaibnya perasaan.Usah sangka cinta yang hanya akan lahir oleh kecantikan ataupun ketampanan.Cinta boleh lahir dengan tidak terduga.Entah apa yang telah menjadi minat hatinya.Jika wajah serta susuk tubuh tidak begitu mengancam sebagaimana Cleopatra,apalagi modal yang telah membuatkan kedua-dua lelaki perkasa serta bijaksana ini begitu luntur sekali?

Realitinya,kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka,tetapi wajah yang lebih mendominasi.Antara muka dengan wajah ada bezanya.Muka adalah apa yang dipamerkan seadanya ia,sedangkan wajah adalah mukayang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza,diperkuatkan oleh suara,senyuman,hati yang bersih,lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan.

Menghiasi wajah ataupun berhias tidaklah salah asalkan tidak melampau-lampau,tujuannya jelas untuk yang berhak serta tidak melanggar yang diharamkan.

Jadi, sebagaimana Cleopatra yang dikatakan tembam itu,setiap orang yang serupa masih boleh diberikan dekorasi untuk tampil lebih anggun lagi meyakinkan,asalkan kena dan sesuai caranya.

Usah risau kalau orang kata wajah kita tidak jelita,sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja,sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza.Kalau dia menganggap kita tidak jelita,belum tentu semua orang pun sama.Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita,lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa.

Tidakkah itu benar ?Fikir-fikirkan lah

(Text copied from MW_January edision)

No comments: