Mitos Mengenai Cinta
MITOS 1
````````````````````
Apabila anda jatuh cinta, anda akan ketahuinya.Orang akan selalu tertanya-tanya sama ada
mereka mengalami cinta yang sejati atau hanya terpengaruh semata-mata. Adalah perkara biasa
orang akan jadi keliru tentang perasaan yang dirasai, tetapi kadang-kadang itu tidak bermakna
anda tidak betul-betul jatuh cinta. Sebaliknya anda juga mungkin hanya terpengaruh atau
terpedaya dengan perasaan anda terutama jika anda masih muda.
MITOS 2
````````````````````
Apabila cinta telah menjelma, anda tidak dapat mengawalnya.Mitos ini mencadangkan bahawa
seolah-olah cinta itu sangat kuat dan berkuasa sehinggakan individu tidak mampu untuk
bertindak dengan bijak dan berfikir secara rasional. Mempercayai mitos ini akan membuat
individu melakukan perkara-perkara yang berdosa dan tidak senonoh kerana mengikut hati,
seperti kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa." Masalah sosial dan perlanggaran hukum
syarak yang terhasil di kalangan remaja banyak bermula daripada kepercayaan terhadap mitos
ini.
MITOS 3
`````````````````````
Cinta sejati kekal selama-lamanya.Perasaan cinta mungkin kekal selama-lamanya, tapi
malangnya hubungan tidak begitu. Jika hubungan putus di tengah jalan, kita mungkin cuba
mengubati hati dengan berkata bahawa itu bukan cinta sejati. Dengan itu membolehkan individu
mencari cinta yang lain yang dianggap boleh memberi mereka kegembiraan sepenuhnya.
Namun, adalah lebih realistik jika kita melihat cinta sebagai satu keadaan yang kadangkala
membahagiakan dan kadang-kadang mengecewakan.
MITOS 4
````````````````````
Cinta mampu mengatasi semua masalah.Tertipu dengan mitos inilah yang menyebabkan
pasangan bercerai-berai. Walaupun menghadapi banyak masalah dalam perhubungan,
pasangan masih berdegil dan meneruskan juga niat untuk berumahtangga kerana menganggap
selagi mereka mencintai antara satu sama lain, mereka mampu menyelesaikan semua masalah.
Memang cinta sejati banyak menolong menyelesaikan masalah rumahtangga, namun ia tidak
menjamin kejayaannya.
Sebagai penutupnya, renung-renungkanlah pendapat di atas bersabit dengan Cinta. Yang
menulis bukanlah Dr. Love…bukan juga yang berpengalaman besar dalam arena Cinta…tapi
hanyalah satu watak kecil dalam sebuah latar masyarakat yang tidak mahu orang lain
diperdayakan dengan “Mitos-mitos Cinta.” Sebagai nasihat penuh makna dari diri ini, “Kembalilah
bercinta dengan Pemberi Cinta!” Kerana, sesungguhnya: "Kasih dan cinta manusia hanya
SETITIS jika dibandingkan dengan LAUTAN cinta Allah dan sekiranya hilang yang SETITIS itu
tidak akan menjejaskan hidupmu andai yang SELAUTAN itu masih kau miliki."
Wallahu ta’ala a’laam.
1 comment:
petikan dari "ketika cinta bertasbih"
mari kita sama sama insaf,
cinta sejati itu tidak menzalimi,
cinta sejati berorientasi redha ilahi,
Allah Allah Allahu Rabbi,
Aku cinta dirimu duhai bidadari,
Tapi aku lebih cinta Tuhanku, Ilahi, Rabbi,
Post a Comment