Monday, March 2, 2009

Manjakani Buah Ajaib

Kita selalu mendengar tentang manjakani serta khasiatnya untuk wanita.
Disini ingin saya kongsikan lebih mendalam tentang buah manjakani serta kegunaanya dalam perubatan.Semoga bermanfaat untuk semua

MANJAKANI BUAH AJAIB

Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.

Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.

Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.


Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.

- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan


Sumber: Mingguan Wanita - 1 Mac 2004



Petua Menegangkan Kulit yang Kendur

Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Selamat mencuba.

1 comment:

myne said...

tp sy rebus buah tu xlembik pun...