Monday, March 2, 2009

Membuat Makjun Kekuatan Fikiran~

Kekuatan daya fikiran adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Tidak guna jika badan kuat tapi akal lemah. Orang yang bertubuh kecil dapat mengalahkan orang bertubuh besar dengan menggunakan akal fikiran. Orang miskin dapat jadi kaya dengan izin tuhan, menggunakan akal. Pekerja bawahan dapat jadi ketua jabatan dengan menggunakan akal. Orang yang menggunakan kecerdikan akal fikiran dapat memperolehi apa sahaja yang dihajati.

Dalam kitab tua ada menyebut cara untuk membuat makjun untuk menggalakkan pertumbuhan daya akal fikiran agar menjadi cerdas. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • Buah kurma
  • Buah badam
  • Kismis akar manis (liquorice)
  • Madu lebah
  • Halia kering

Tumbuk atau kisarkan kesemua bahan tadi, kemudian gaulkan bersama madu sehingga sebati. Dengan cara ini ia tahan lebih lama untuk disimpan. Ini dinamakan makjun cair.

Untuk menjadikan makjun berbiji, tumbuk atau kisar kesemua bahan, gaulkan bersama madu dan minyak sapi kemudian masak hingga sebati. Jadikan ia bebola bulat kecil untuk disimpan.


**Pantang: Jangan makan kepala ikan atau masakan yang ada kepala ikan di dalamnya, dan jangan terlalu kerap makan asam.

No comments: