Sunday, September 28, 2008

BISKUT ALMOND LONDON


BISKUT ALMOND LONDON

Bahan – bahan

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

3 comments:

Ibnurashidi said...

Tu dia..muncul bertubi2 resepi kuih raya pulak..bagus2..teruskan..

Nur Tasnim said...

hehehe..jgn rajin komen aje encek..kne rajin try jugak =p
senang aje..kejap je buat..dh siap n buleh mkn..ekekeke

Ibnurashidi said...

Mula-mula kena rajin komen dulu..buat2 macam pandai buat pulak ye:)

Nak try la juga..perkakas tidak mencukupi..