Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
Sunday, September 28, 2008
Rendang Daging
Bahan-bahan :
1 kg daging (potong nipis kecil){Boleh ganti ngn ayam juga}
2 batang serai (ketuk)
2 ulas bawang putih (ketuk)
minyak utk menumis
2 cawan santan pekat
kerisik (utk memekat kn rendang)
gula merah/gula putih
garam
Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri (kalau nk pedas leh tambah)
3-4 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (optional..tk de pn tk pe)
5 batang serai
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..
~SELAMAT MENCUBA!!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
aduhaila rendang...kecur tgk..kalo kena kena ketupat ke rendangke gerenti santai kat umah jeni.tak pi raya dah umah org len:)
hehehehhe
sila la try..sy dh buat resepi ni..
berani jamin..mmg best punye..mkn ngn nasik impit pn dh bertambah2..
belum kene ngn ketupat lg =p
salam... selamat hari raya... nampak mcm sedap... nak cuba tak berani tkut tak jadi.... tpi klu orang lain buat kita tolong makan mesti lagi best... hehehehe senyum selalu...
Ketupat versi NZ adake?kalo lemang besi foil tu penah dgr juga:)
ekekkekek
ketupat kteorg nasik impit je la encek..
cara traditional..
masak nasik..tekan2 dlm bekas
Post a Comment