Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Apa Orang Yang Mencintai Kamu Akan Buat ?


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamusatu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidakperduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadiimpiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati Dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat Badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang Kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ˜SelamatPagi,Selamat Hari Minggu, Selamat Tidur,take care dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku cinta padamu” tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke Majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang Dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang Kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapabanyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu Kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, Atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk Bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ˜good luck untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang Bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat Itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan Ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar jauh dimata, jauh dihati?

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL Seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di Tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkankamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan Melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn Sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitugembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupunia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan Dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


***Grabbed from someone's friendster bulletine

Monday, January 26, 2009

Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka

Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka


Luahan satu...

Suatu ketika, aku pernah pergi kepada seorang kawan lelaki di kampungku dan bertanyakan
perihal apakah perkara yang beliau sukai pada waktu-waktu cuti.
“Khairul, apakah hobi kamu pada setiap hujung minggu ya?” maka beliau lantas menjawab,
“Biasanya aku akan pergi menonton wayang dengan awek aku...”

Luahan dua...

Pada waktu-waktu yang tertentu, aku juga sering berkongsi cerita bersama kawan-kawan di
kampus. Suatu ketika, kami pernah bercerita berkenaan permainan komputer game. Dan
seorang daripada kami telah menyatakan berkenaan keseronokan satu jenis pc game.
“Game ni memang best giler. Silap besar la kalau korang tak try main game ni. Aku sanggup
tak tidur malam semata-mata nak complete dia punya mission.” Begitulah penjelasan dan
luahan seorang kawan yang begitu ketagihan dengan permainan komputer.

Luahan tiga...

Begitu jugalah, pernah aku mendengar luahan seorang pemuzik dan pelakon. Apa katanya ya?

“Dalam bidang lakonan dan nyanyian ini, sebenarnya bukan nama yang kami cari, bukan juga
wang dan material. Tapi sebenarnya kami lebih mencari kepada kepuasan dalam bekerja dan
berkarya. Kami puas andainya semua orang menerima hasil kerja kami dengan gembira.”
Beginilah pendapat para artis apabila diminta memberikan komen berkenaan aktiviti mereka
sebagai ‘penghibur’.

Demikianlah juga halnya andai ditanya kepada para mat rempit, apakah kegiatan yang paling
baik dan menyeronokkan dalam hidup mereka? Tentulah ‘merempit’ dan segala hal yang
berkaitan dengan motor dan perlumbaan. Begitu juga kepada peminat wayang, mereka yang
suka melancong, mereka yang suka memasak, mereka yang suka menonton TV, mereka yang
suka menyaksikan perlawan bola atau gusti dan pelbagai lagi. Kecenderungan mereka untuk
mengatakan apakah yang baik dan menggembirakan bagi mereka, tentulah apa yang mereka
minati dan sukai berdasarkan hati dan fikiran mereka semata-mata.

Begitu jugalah sehingga kepada persoalan keagamaan, ibadah, mu’amalah, dan sebagainya.
Masing-masing mempunyai penilaian sendiri terhadap skop yang tertentu. Sedarkah kita,
bahawa wujudnya beberapa kesilapan berkenaan konsep methode penilaian seperti ini?

Ataukah kita langsung tidak menyedari, dan hanya menganggap ianya sebagai bentuk citarasa
manusia yang sememangnya pelbagai? Lalu membiarkan ia berlalu begitu sahaja...

Itulah hakikatnya, kita selalu alpa dan mengambil apa sahaja perkara yang dirasakan seronok
secara mentah-mentah dan tanpa penilaian yang benar. Sebahagian kita dan mungkin
kebanyakan daripada kita seringkali menilai atas rasa hati, nafsu, dan akal fikiran. Apa sahaja
yang dirasakan sesuai dengan timbangan akal dan hati, terus sahaja kita ambil. Benarkah
penilaian dengan konsep sebegini?

Lupakah kita? Bukankah kita seorang Muslim? Lalu apabila mengaku sebagai seorang Muslim,
apakah prinsip kita dalam menilai? Apakah asas kita dalam mengatakan tentang sesuatu itu,
samaada baik atau buruk? Sesuai atau tidak?

Hakikatnya, memang kita selalu terlupa. Dan mungkin ada yang sengaja melupakan. Terhadap
DUA sumber utama kita dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Ingatkah anda,
apa dua sumber itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan... iaitulah al-Qur’an (Kitabullah) dan as-
Sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah neraca timbangan kita. Yang mana seterusnya membawa kita
kepada redha Allah s.w.t..

Di dalam manhaj beragama dan “The way of Life” sebagai seorang muslim. Kebaikan itu tidak
boleh dikira semata-mata berdasarkan akal dan nafsu. Tapi, mestilah didahulukan kalam al-
Qur’an itu sendiri bersama al-Hadis sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan jalan yang
sebenar buat kita. Persoalannya, adakah kita telah benar-benar ikhlas dalam mendahulukan
kedua-dua sumber tersebut dalam setiap penilaian yang kita ambil?

Dengan itu, maka harus sewajarnyalah kita menilai semula keikhlasan dalam beragama ini,
lalu kembali melihat apakah dasar sebenar manhaj (prinsip) dalam memegangi agama ini.
Apakah akal dan nafsu itu asas kita, ataukah dalil itu yang harus diberi keutamaan?

Maka, berikut kita lihat maksud firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka
diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim
memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami
taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (an-Nuur: 51-52)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama
itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.” (al-Jaatsiyah: 18)

Ketahuilah, setiap apa yang benar itu, timbangannya adalah al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. itu sendiri. Dan bukanlah akal dan nafsu hati,
sebagaimana firman Allah berikut:

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini,
dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka
kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (al-
Mu’minuun: 71)

Dan Allah juga telah mengutuskan Rasulullah itu sebagai contoh dan role model terbaik yang
perlu dicontohi oleh setiap insan sebagaimana firman Allah ini:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.” (al-Ahzaab: 21)

Dan berikut sempat saya bawakan pesanan imam Malik Rahimahullah dan imam Abu Hanifah
Rahimahullah melalui riwayat berikut (maksudnya):

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran
kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’ ahlus sunnah). Ikutilah al-Qur’an yang
telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan
kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-
Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-
Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di
dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Oleh itu, dahulukanlah al-Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam setiap penilaian yang dibuat.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-
Hujuurat: 1)