Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
Monday, January 26, 2009
Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka
Luahan satu...
Suatu ketika, aku pernah pergi kepada seorang kawan lelaki di kampungku dan bertanyakan
perihal apakah perkara yang beliau sukai pada waktu-waktu cuti.
“Khairul, apakah hobi kamu pada setiap hujung minggu ya?” maka beliau lantas menjawab,
“Biasanya aku akan pergi menonton wayang dengan awek aku...”
Luahan dua...
Pada waktu-waktu yang tertentu, aku juga sering berkongsi cerita bersama kawan-kawan di
kampus. Suatu ketika, kami pernah bercerita berkenaan permainan komputer game. Dan
seorang daripada kami telah menyatakan berkenaan keseronokan satu jenis pc game.
“Game ni memang best giler. Silap besar la kalau korang tak try main game ni. Aku sanggup
tak tidur malam semata-mata nak complete dia punya mission.” Begitulah penjelasan dan
luahan seorang kawan yang begitu ketagihan dengan permainan komputer.
Luahan tiga...
Begitu jugalah, pernah aku mendengar luahan seorang pemuzik dan pelakon. Apa katanya ya?
“Dalam bidang lakonan dan nyanyian ini, sebenarnya bukan nama yang kami cari, bukan juga
wang dan material. Tapi sebenarnya kami lebih mencari kepada kepuasan dalam bekerja dan
berkarya. Kami puas andainya semua orang menerima hasil kerja kami dengan gembira.”
Beginilah pendapat para artis apabila diminta memberikan komen berkenaan aktiviti mereka
sebagai ‘penghibur’.
Demikianlah juga halnya andai ditanya kepada para mat rempit, apakah kegiatan yang paling
baik dan menyeronokkan dalam hidup mereka? Tentulah ‘merempit’ dan segala hal yang
berkaitan dengan motor dan perlumbaan. Begitu juga kepada peminat wayang, mereka yang
suka melancong, mereka yang suka memasak, mereka yang suka menonton TV, mereka yang
suka menyaksikan perlawan bola atau gusti dan pelbagai lagi. Kecenderungan mereka untuk
mengatakan apakah yang baik dan menggembirakan bagi mereka, tentulah apa yang mereka
minati dan sukai berdasarkan hati dan fikiran mereka semata-mata.
Begitu jugalah sehingga kepada persoalan keagamaan, ibadah, mu’amalah, dan sebagainya.
Masing-masing mempunyai penilaian sendiri terhadap skop yang tertentu. Sedarkah kita,
bahawa wujudnya beberapa kesilapan berkenaan konsep methode penilaian seperti ini?
Ataukah kita langsung tidak menyedari, dan hanya menganggap ianya sebagai bentuk citarasa
manusia yang sememangnya pelbagai? Lalu membiarkan ia berlalu begitu sahaja...
Itulah hakikatnya, kita selalu alpa dan mengambil apa sahaja perkara yang dirasakan seronok
secara mentah-mentah dan tanpa penilaian yang benar. Sebahagian kita dan mungkin
kebanyakan daripada kita seringkali menilai atas rasa hati, nafsu, dan akal fikiran. Apa sahaja
yang dirasakan sesuai dengan timbangan akal dan hati, terus sahaja kita ambil. Benarkah
penilaian dengan konsep sebegini?
Lupakah kita? Bukankah kita seorang Muslim? Lalu apabila mengaku sebagai seorang Muslim,
apakah prinsip kita dalam menilai? Apakah asas kita dalam mengatakan tentang sesuatu itu,
samaada baik atau buruk? Sesuai atau tidak?
Hakikatnya, memang kita selalu terlupa. Dan mungkin ada yang sengaja melupakan. Terhadap
DUA sumber utama kita dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Ingatkah anda,
apa dua sumber itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan... iaitulah al-Qur’an (Kitabullah) dan as-
Sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah neraca timbangan kita. Yang mana seterusnya membawa kita
kepada redha Allah s.w.t..
Di dalam manhaj beragama dan “The way of Life” sebagai seorang muslim. Kebaikan itu tidak
boleh dikira semata-mata berdasarkan akal dan nafsu. Tapi, mestilah didahulukan kalam al-
Qur’an itu sendiri bersama al-Hadis sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan jalan yang
sebenar buat kita. Persoalannya, adakah kita telah benar-benar ikhlas dalam mendahulukan
kedua-dua sumber tersebut dalam setiap penilaian yang kita ambil?
Dengan itu, maka harus sewajarnyalah kita menilai semula keikhlasan dalam beragama ini,
lalu kembali melihat apakah dasar sebenar manhaj (prinsip) dalam memegangi agama ini.
Apakah akal dan nafsu itu asas kita, ataukah dalil itu yang harus diberi keutamaan?
Maka, berikut kita lihat maksud firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka
diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim
memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami
taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (an-Nuur: 51-52)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama
itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.” (al-Jaatsiyah: 18)
Ketahuilah, setiap apa yang benar itu, timbangannya adalah al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. itu sendiri. Dan bukanlah akal dan nafsu hati,
sebagaimana firman Allah berikut:
“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini,
dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka
kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (al-
Mu’minuun: 71)
Dan Allah juga telah mengutuskan Rasulullah itu sebagai contoh dan role model terbaik yang
perlu dicontohi oleh setiap insan sebagaimana firman Allah ini:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.” (al-Ahzaab: 21)
Dan berikut sempat saya bawakan pesanan imam Malik Rahimahullah dan imam Abu Hanifah
Rahimahullah melalui riwayat berikut (maksudnya):
Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran
kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’ ahlus sunnah). Ikutilah al-Qur’an yang
telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan
kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-
Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)
Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-
Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di
dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)
Oleh itu, dahulukanlah al-Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam setiap penilaian yang dibuat.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-
Hujuurat: 1)
Menjadikan Diri Secantik CLOEPATRA
“CLEOPATRA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG WANITA YANG SANGAT CANTIK.MANAKAN TIDAK,KERANA KECANTIKANNYA ITULAH TELAH TUNDUK DUA ORANG YANG PALING BERKUASA DI ROM PADA WAKTU ITU.SEORANG BERGELAR CEASER DAN SEORANG LAGI JENERAL PERANG”
Kedua-dua lelaki ini, Julius Ceaser dan Mark Anthony akhirnya terbunuh.Secara tidak langsung kematian mereka dikaitkan atas kehadiran Cleopatra dalam system pemerintahan Rom purba.
Benarkah dia cantik? Menonton filem-filen tentang Cleopatra terutama yang dilakonkan oleh Elezabeth Taylor misalnya,kita akan mengatakan,ya dia memang cantik.
Satu patung Cleopatra yang dipamerkan di sebuah muzium Britain menggambarkan tubuhnya sederhana,tinggi tidak lebih 1.52 metre dan tembam.Patung ini direka berpandukan teknologi penjelmaan wajah terkini.Tetapi pada ukuran begini,Cleopatra tidaklah secantik mana,malah sudah tentu kecantikan Elizebeth Taylor jauh mengatasi.
Masalahnya,kenapa Julius Ceaser dan Mark Anthony hingga jadi ‘mabuk’ ?
Cleopatra dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama 3 abad.Dia mula berkuasa ketika berumur 17 tahun.3 tahun selepas berkuasa,dia menggoda pemerintah Rom,Julius Ceaser.Akibatnya lahir seorang anak,Ceasarion.
Bagaimana Julius Ceaser begitu mudah tunduk padahal dia dikelilingi para jelitawan Rom yang pastinya mengatasi Cleopatra ?Mengapa Ceaser tidak sedar strategi Cleopatra menjalin hubungan dengannya barangkali untuk menyelamatkan Mesir daripada kuasa Rom?
Padahal Empayar Rom kerap mengancam untuk menakluki Mesir,manum gara-gara Julius Ceaser yang lemah oleh seorang wanita yang tidak begitu cantik ini telah membuatkan Mesir kekal merdeka selama 20tahun berikutnya.
Bukan hanya dengan Julius Ceaser bahkan dengan Jeneral Perang Mark Anthony juga.Apa yang membuatkan kedua-dua lelaki ini saling menyimpan cinta berahi terhadap Cleopatra? Mark Anthony lebih kalut lagi apabila dia membunuh diri apabila dia mengetahui Cleopatra telah mati.Bukankah dia itu seorang jeneral perang yang sudah semestinya gagah,berjiwakan besi?
Wajah yang mendomonasi
Inilah ajaibnya perasaan.Usah sangka cinta yang hanya akan lahir oleh kecantikan ataupun ketampanan.Cinta boleh lahir dengan tidak terduga.Entah apa yang telah menjadi minat hatinya.Jika wajah serta susuk tubuh tidak begitu mengancam sebagaimana Cleopatra,apalagi modal yang telah membuatkan kedua-dua lelaki perkasa serta bijaksana ini begitu luntur sekali?
Realitinya,kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka,tetapi wajah yang lebih mendominasi.Antara muka dengan wajah ada bezanya.Muka adalah apa yang dipamerkan seadanya ia,sedangkan wajah adalah mukayang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza,diperkuatkan oleh suara,senyuman,hati yang bersih,lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan.
Menghiasi wajah ataupun berhias tidaklah salah asalkan tidak melampau-lampau,tujuannya jelas untuk yang berhak serta tidak melanggar yang diharamkan.
Jadi, sebagaimana Cleopatra yang dikatakan tembam itu,setiap orang yang serupa masih boleh diberikan dekorasi untuk tampil lebih anggun lagi meyakinkan,asalkan kena dan sesuai caranya.
Usah risau kalau orang kata wajah kita tidak jelita,sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja,sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza.Kalau dia menganggap kita tidak jelita,belum tentu semua orang pun sama.Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita,lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa.
Tidakkah itu benar ?Fikir-fikirkan lah
(Text copied from MW_January edision)
Wednesday, December 31, 2008
Sahabat.,jalan ini bukan mudah..
Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh aku bersama mu..
Tulus,
Saturday, November 1, 2008
-Hasad-
Renungan bersama..
Monday, October 20, 2008
4 Sebelum Tidur(Pesan Rasulullah S.A.W.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 PERKARA SEBELUM TIDUR
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di
hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum
aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meridloi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,
bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan
umroh"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Thursday, October 16, 2008
10 Amalan Yang TERBALIK - renungkan!
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tidak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia hendak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kitalah patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tidak bagi pun tidak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan hendak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau hendak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tidak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tetapi kalau anak tidak boleh membaca Quran atau solat, tidak bimbang pula bahkan tidak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran hendak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi ke rumah Allah (masjid) tidak hujan, tidak panas, tidak ribut pun tetap tidak datang ke masjid. Sungguh tidak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tetapi hendak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau hendak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Tuesday, October 14, 2008
Bukti Al Qur'an ( Ukuran Manusia Zaman Nabi Hud As.)
Bukti Al Qur'an ( Ukuran Manusia Zaman Nabi Hud As.)
Baru-baru ini dalam kegiatan eksplorasi gas digurun pasir diArab tenggara, ditemukan sebuah tengkorak dengan ukuran yang sangat luar biasa.. Wilayah gurun pasir ini disebut juga sebagai wilayah kosong atau dalam bahasa Arab ??Rab-Ul-Khalee? ?. Penemuan ini ditemukan oleh team eksplorasi ARAMCO.
Seperti tertulis dalam Al-Quran bahwa Allah (SWT) pernah menciptakan manusia dengn ukuran yang luar biasa. Mereka adalah kaum Aad dimana Nabi Hud (AS) diutus.. Mereka sangat tinggi, besar dan kuat sebagaimana mereka mampu menumbangkan batang pohon hanya dengan menngunakan tangan. Kaum Aad kemudian membangkang perintah Allah (SWT) dan nabi dan mereka
melanggar batas-batas yang telah digariskan Allah (SWT)... Mereka kemudian dimusnahkan.
Orang-orang Saudia Arabia percaya bahwa tengkorak tersebut berasal dari kaum Aad. Pihak berkuasa Saudi Arabia menutup seluruh wilayah tersebut dan tidak mengizinkan seorangpun memasukinya kecuali pihak ARAMCO.
Berita ini disimpan secara rahasia tetapi sebuah helikopter tentera mengambil beberapa gambar dari udara dan kemudian salah satu
gambar tersebut bocor ke internet di Saudi Arabia .
Perhatikan gambar tersebut dan bandingkan ukuran dua lelaki yang sedang berdiri dengan ukuran tengkorak tersebut.
Thursday, September 25, 2008
Kisah Malaikat Jibril dan 3 Haiwan
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, “hai kelawar apakah kamu merasa senang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu gembira kerana telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.
Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.
Allahuakbar..
semoga kita sentiasa mensyukuri setiap kurniaan dan pemberian Allah..
(Ramadhan masih lagi berbaki..terus tingkatkan amal ibadah dan rebut keberkatan 10 malam terakhir...mungkin ini ramadhan yang terakhir..?wallahua'lam)
**dicopy dr bulletin friendster
Wednesday, September 24, 2008
Di Sebalik Wajah – Antara Hati, Peribadi, Dan Gaya
Assalamualaikum
Dialog Satu:
Eh! Shima... Cantiknya kau hari ini. Fesyen baru nampak. Fuh! Jeans baru. Fit
habis...
Em, iye ke? Em, thanks.
Dialog Dua:
Nama awak Fahdli kan?
Ye, nama saya Fadhli.
Saya terpaksa mendenda awak kerana memakai baju round net (tidak berkolar).
Sebagai seorang pelajar di sini, sepatutnya awak sedia maklum akan peraturan
ini bukan?
Dialog Tiga:
Weh Diana, cuba kau tengok mamat tu... Kaya gila, baru masuk semester dua
kat sini dah bawa BMW.
Mana kau tahu dia kaya? Mana tahu tu kereta family dia ke apa ker?
Itu tak penting, tapi, yang penting, gaya dia tu menunjukkan dia mesti orang
kaya. Mesti ‘grand’ kalau aku jadi girlfriend dia...
Dialog Empat:
Peh! Rock habis beb gaya lu malam ni. Ni baru gua respect...
Ceh! Baru lu tau sapa gua sekarang arr...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah dia hakikat ‘life style’ hari ini. Hakikat remaja dan belia masa kini.
Penampilan dan gaya adalah element penting dalam kehidupan masa kini. Tidak
dinafikan, ianya memang penting. Gaya dan penampilan memang penting.
Gaya dan penampilan menunjukkan kematangan dan keperibadian sesorang
individu. Ianya memperlihatkan apa yang tersirat di hatinya. Dalam bentuk
persembahan melalui kaedah style berpakaiannya. Penampilan dan karaktor yang
baik, menunjukkan peribadi yang baik. Begitulah kebiasaannya.
Namun, pada penilaian sipakah status baik dan buruk itu semua...?
Dalam kita sibuk menjaga gaya dan penampilan, setakat manakah kita benarbenar
dipandang cantik dan hebat agaknya? Adakah cukup sekadar cantik dan
nampak grand di mata manusia? Dengan gaya sophisticated atau modern stylenya.
Memang sebahagian manusia memandang semua itu terlalu tinggi. Namun,
satu pandangan yang amat penting, yang tidak wajar kita ketepikan. Bagaimana
penilaian Allah s.w.t. terhadap gaya kita itu?
Inilah yang sering kita terlupa ataukah mungkin sengaja dilupakan. Pernahkah
kita memikirkan perihal penampilan diri kita ini samaada dipandang baik atau
tidak di sisi Allah s.w.t.? Inilah penilaian pemakaian (standard) yang paling utama
yang perlu kita dahulukan dalam menentukan gaya (etika) berpakaian. Penilaian
Allah s.w.t. adalah perkara paling penting menentukan kita ini mulia atau
sebaliknya.
Sama-samalah kita nilai samaada style berpakaian kita menepati standard Allah
s.w.t. atau pun tidak. Apakah standard Allah s.w.t. itu? Di mana kita perlu
merujuknya? Ya, iaitulah al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Janganlah sekalikali
kita mengabaikan rujukan utama kehidupan kita itu.
Ya, rujukan dari dua sumber inilah yang sering kita abaikan. Walhal, inilah
manual kehidupan kita. Oleh itu, pastikanlah standard berpakaian kita, tidak kira
lelaki mahupun wanita, hendaklah melepasi (lulus) apabila disemak dengan dua
sumber itu. Pernahkah anda semak? Kalau belum pernah, sama-sama lah kita
semak. Ajak kawan-kawan yang lain sekali. Dapatkan bantuan daripada mereka
yang lebih arif (berilmu).
Lihatlah kecantikan dan hakikat keindahan panduan fesyen pakaian yang sebenar
yang digariskan oleh Allah melalui al-Qur’an dan Hadis Rasul-Nya. Tidaklah patut
sebagai insan yang beriman dan normal daya fikirnya, menidakkan keindahan
serta kesyumulan panduan tersebut...
Sebagai penutup, perhatikan maksud hadis ini;
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah
melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Di samping penampilan kita, Allah menitikberatkan kesucian hati kamu yang
sentiasa menjaga keikhlasan dalam menekuni dan mencermati perjalanan
mencari keredhaan Allah. Dengan hati yang bersih yang penuh keimanan, makanya
lahirlah amalan-amalan yang baik dari diri kita semua. InsyaAllah.
Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada
kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya
(dan bersyukur).” (al-A’raaf: 26)
Ketaqwaan di sini adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara
keseluruhannya (dengan ilmu yang sihat). Meliputi semua aspek dan tidak hanya
dalam etika berpakaian. Maka-nya, daripada ketaqwaan itulah... lahirnya
kehebatan penampilan diri yang sebenar samaada di sisi Allah s.w.t. sendiri atau
pada penilaian manusia yang beriman dan insan-insan yang lainnya.
Allahu ‘alam...
Andaikata...
"Apa yang di katakannya?"
"saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekedar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."
"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah.
Istri yang setia itu menjawab,"suami saya mengatakan "Andaikata lebih panjang lagi....andaikata yang masih baru....andaikata semuanya...." hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sadar,ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?"
Rasulullah tersenyum."sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujarnya.
Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat jum'at. Ditengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk karena tidak ada yang menuntun. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal sholehnya itu, lalu iapun berkata "andaikan lebih panjang lagi".Maksudnya, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanyalebih besar pula.
Ucapan lainnya ya Rasulullah?"tanya sang istri mulai tertarik.
Nabi menjawab,"adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka ia mencopot mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, "Coba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.
Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?" tanya si isteri makin ingin tahu. Dengan sabar Nabi menjelaskan,"ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Karenanya, ia pun menyesal dan berkata ' kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak hanya kuberi separoh. Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda. Memang begitulah keadilan Tuhan.
Pada hakikatnya, apabila kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain. Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.Karena itu Allah mengingatkan: "kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula."(surat Al Isra':7)
Tuesday, September 23, 2008
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
Mereka menemui Rasulullah. Mereka berlutut seraya berkata, `Ya Rasulullah, kami telah dibebani berbagai amal yang dapat kami kerjakan seperti shalat, shaum, jihad dan sedekah. Sekarang ayat itu diturunkan kepada engkau, dan kami tak sanggup mengamalkannya.'
Maka Rasulullah saw bersabda, `Apakah kamu hendak mengatakan apa apa yang telah dikatakan oleh para Ahli Kitab terdahulu, yaitu `kami mendengar namun kami mendurhakainya?' Namun katakanlah olehmu, `Kami mendengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami. Dan kepada Engkaulah tempat kembali.'
Setelah orang-orang menginsafi ayat itu dan mengucapkan keinsafannya dengan lidah mereka, maka Allah menurunkan ayat yang sesudahnya, yaitu `Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. `Kami tidak membeda-bedakan sedikit pun antara seorang rasul dengan rasul lainnya.'
Dan mereka mengatakan, `Kami dengar dan kami taat. Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan kepada Engkaulah tempat kami kembali.' Setelah mereka mengamalkan ayat itu, maka Allah menasakh ayat tadi dengan ayat, `Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.'"
Baca al-Baqarah, 284-286
Friday, September 19, 2008
Simfoni Azan-(Adzaan: The Amazing Phenomenon)
Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact. Have a look at a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil. As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaan begins. Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan.
The process advances towards West Indonesia. One and a half hours after the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatra then follows suit and before this auspicious process of calling Azaan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia.
Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dacca, the capital city of Bangladesh. After Bangladesh, it has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan) have the same timing for Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta, and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard throughout Pakistan. Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen, United Arab Emirates, Kuwait and Iraq.
The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in Syria, Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to prayer.
Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the whole of Africa. Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours. Prior to the Azaan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohar Azaan has already started in east Indonesia, and before it reaches Dacca, Asar Azaan has started. This has hardly reached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced in Saibil! When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for Isha.
If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of Muazzins around the world are not reciting the Azaan on the surface of this earth. Even as you read this material right now, you can be sure there are atleast thousands of people who are hearing and reciting the Adzaan!!!
Sunday, September 14, 2008
Layar Keinsafan
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

