Wednesday, February 25, 2009

KHASIAT ACAI BERRY

39 Sebab Mengapa Anda Perlu Minum Jus Acai Setiap Hari


Sebab 1: Acai Mengurangkan Tindakan Penuaan

Monavie dapat membantu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi anti-oksidan yang kuat dan zat-zat pemulihan yang membantu sel-sel bertugas secara optimum.

Sebab 2: Acai Membantu Anda Tidur Dengan Lebih Nyenyak

Oleh kerana jus ini mengandungi khasiat seperti vitamin B dan lain-lain, Acai dapat mengurangkan tahap stres anda dan membantu komunikasi di antara sel-sel otak. Ini dapat dilakukan kerana Acai membantu menghasilkan penghantar-neuro, di antaranya serotonin dan dopamine.


Sebab 3: Acai Meningkatkan Tahap Tenaga Anda

Monavie boleh dan sememangnya digunakan oleh atlit-atlit terkenal seperti Venus Williams kerana Jus Acai mengandungi pelbagai zat terutamanya lipids yang bertanggungjawab meningkatkan tahap tenaga anda. Ini membolehkan Monavie diminum setiap hari untuk memulihkan tenaga anda terutamanya sebelum sebarang aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.


Sebab 4: Acai Mengurangkan Kolesterol Yang Tinggi

Acai mengandungi EFAs iaitu asid lemak penting. Asid-asid ini mengekal kolesterol ‘baik’ (iaitu kolesterol HDL) dan dalam masa yang sama ia mengurangkan tahap kolesterol yang ‘jahat’ (iaitu kolesterol LDL). Kedua-dua tindakan ini, yang dilakukan oleh EFA, akan menghasilkan pengaliran darah yang lebih lancar untuk badan anda.

Sebab 5: Acai Memulihkan Kesihatan Seks Anda!

Acai mempunyai sifat-sifat antioksidan dan antikerengsaan dan dapat memulihkan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran, stress dan faktor-faktor yang dikaitkan dengan radikal bebas.

Sebab 6: Acai Membantu Mengurangkan Berat Badan Anda

Sekiranya anda sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan anda, Monavie sangat berguna untuk anda! Dengan meminum Monavie, anda akan mudah mengurangkan berat badan anda kerana Acai melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal selera anda. Ini kerana Acai memiliki indeks glisemik yang rendah.

Sebab 7. Acai Membantu Mengurangkan Tahap Stres Anda

Acai sangat-sangat membantu anda dalam mengatasi masalah stress anda kerana Acai dapat mengatur/menyesuaikan tahap stress dalam badan anda dan kemudian membaikinya.

Sebab 8: Acai Memudahkan Pusingan Haid Wanita

Berita baik untuk wanita! Terutamanya untuk wanita yang sentiasa mengalami kesakitan setiap bulan. Acai kaya dengan kalsium dan ini membantu memudahkan dan mengurangkan sakit perut dan kekejangan.


Sebab 9: Acai Membantu Anda Melawan Kedutan

Acai mengandungi ‘phytisterols’ dan ‘anthocyanins’ yang sangat tinggi dan amat baik untuk melindungi kolagen (dan lain-lain tisu penghubung). Anda akan dilindungi dari kedutan pramasa.

Sebab 10: Acai Menguatkan Gigi

Selain dari membantu mengurangkan sakit perut dan kekejangan, kandungan kalsium dalam Acai juga membantu menguatkan gigi anda, menjadikan senyuman anda lebih menarik dan mengelakkan penyakit-penyakit gusi.


Sebab 11: Acai Dan Penglihatan Anda!

Jus Acai memulihkan penglihatan anda dan mengurangkan komplikasi penglihatan untuk pesakit kencing manis. Ini dibolehkan oleh kandungan vitamin C dan beta-kerotin dalam Acai.

Sebab 12: Acai Membantu Tona/Warna Kulit Anda

Kandungan ‘phytosterols’ membantu mengurangkan warna kusam kulit anda dan memulihkan tona warna kulit anda.


Sebab 13: Acai Melindungi Salur Darah

Dengan meminum jus Acai anda akan melindungi arteri, kapilari, pembuluh darah dan saluran darah. Acai mengandungi ‘anthocyanins’ yang akan membolehkan ini berlaku.



Sebab 14: Acai Akan Memulihkan Ketahanan Terhadap Penyakit

Oleh kerana Acai mengandungi pelbagai zat, monavie membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan penolakan terhadap pelbagai jenis penyakit.

Sebab 15: Acai Memulihkan Lipid Dan Glukos

Acai mempunyai indeks glisemik yang rendah dan ini dapat memulihkan kedua-dua tahap lipid dan glukos.

Sebab 16: Acai Menyahtoksin Dan Membersihkan Badan Anda

Selama ini, Acai telah digunakan untuk mengeluarkan toksin dari badan manusia.


Sebab 17: Acai Dapat Membantu Menyembuhkan Ulser

Sifat Acai yang anti-bakteria membolehkannya menusnahkan kulat, bakteria serta parasit yang menyebabkan ulser.

Sebab 18: Acai Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2004 (terdapat dalam Arkib Neurologi), orang yang meminum Acai telah mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana kandungan vitamin E dan C dalam Acai yang tinggi.

Sebab 19: Acai Sangat-Sangat Membantu Mengurangkan Penyakit Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Kandungan kalsium Acai yang tinggi dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.

Sebab 20: Acai Melawan Penyakit BPH (Pembesaran Prostate – Kelenjar Di Sekitar Pundi Kencing Lelaki)

Acai dapat melawan BPH (benign prostate hyperplasia) atau lebih dikenali sebagai pembesaran/pembengkakan kelenjar prostate.

Sebab 21: Acai Membantu Menghalang ‘Retinopathy’

Acai adalah berita baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) kerana ia membantu menguatkan kapilari darah yang telah lemah yang menyebabkan ‘retinopathy’. Penyakit ini mungkin menyebabkan seseorang menjadi buta.


Sebab 22: Acai Dapat Mengelakkan Punca-Punca Penyakit Jantung

Acai mengandungi agen pelindung jantung yang kuat iaitu sejenis antioksidan dikenali sebagai ‘polyphenols’. Penghasilan nitrik oksida dibantu oleh ‘anthocyanin’. Nitrik oksida ini membantu menenangkan dan membesarkan dinding salur darah. Ini dapat mengurangkan stres terhadap jantung anda. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah dan risiko salur darah tersumbat akan dikurangkan.


Sebab 23: ‘Sterol’ Tumbuhan Dalam Acai Dapat Membantu Mengurangkan Tekanan Darah

‘Sterol’ memberikan banyak kebaikan untuk badan anda. Ia adalah membran sel tumbuhan yang selalu digunakan dalam rawatan berkaitan dengan tekanan darah.

Sebab 24: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Asma.

Acai dapat memulihkan tanda-tanda penyakit asma kerana ia mengandungi banyak vitamin C iaitu sejenis antioksidan yang kuat. Vitamin C mengandungi ciri-ciri anti-kerengsaan yang dapat melegakan tanda-tanda asma.

Sebab 25: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Crohn

Sifat anti-kerengsaannya yang tinggi dapat menghalang kelemahan penyerapan zat-zat yang penting untuk badan. Oleh itu, Acai dapat membantu mengelakkan kerosakan dinding usus kecil.

Sebab 26: Acai Membantu Meredakan Kesakitan Disebabkan Oleh Atritis (Penyakit Sendi)

Sifat anti-kerengsaan yang terdapat dalam Acai dapat membantu meredakan sakit yang disebabkan oleh penyakit sendi.



Sebab 27: Acai Penghalang Radikal Bebas Dari Merosakkan Sistem Pertahanan (Imun) Badan

Pengoksidaan (kerosakan disebabkan radikal bebas) adalah salah satu sebab utama kelemahan sistem ketahanan. Acai melawan ini dari berlaku dengan menguatkan sistem ketahanan badan.

Sebab 28: Acai Bertindak Sebagai Astringen

Astringen ialah bahan yang mengecutkan dan menguatkan tisu badan seperti kulit. Astringen digunakan untuk menghentikan pendarahan disebabkan luka kecil dan menyegarkan kulit.

Sebab 29: Acai Melawan Kanser

Acai menghalang dan mengurangkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut dan paru-paru dengan cara meneutralkan radikal bebas sebelum mereka memudaratkan sel-sel.

Sebab 30: Acai Mengatasi Refluks Asid

Kandungan anti-oksidan membolehkan Acai melindungi dan memulihkan esofagus yang dimusnahkan oleh penyakit refluks asid (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan kandungan isiperut semasa refluks berlaku. Ini kerana Acai mengandungi kesan penahan.

Sebab 31: Acai Menguatkan Badan Anda

Aca mengandungi protin yang lebih banyak dari telur dan membolehkannya membantu badan anda menjadi kuat.


Sebab 32: Acai Meningkatkan Pengecutan Dan Pembinaan Otot

Acai mengandungi campuran galian dan asid amino yang membolehkannya membantu otot mengecut dan membina semula otot selepas aktiviti yang memenatkan.

Sebab 33: Acai Memulihkan Fungsi Sel Imunisasi.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Sukan, Acai memulihkan fungsi sel imunisasi dengan cara mengubahsuaikan limfosit dan menghalang penahanan imunisasi ‘beta-sitosterol’ yang terdapat di dalamnya.

Sebab 34: Acai Bertindak Sebagai Anti-Mutasi

Acai membantu menghalang kerosakan struktur DNA dan mengurangkan risiko disebabkan oleh mutasi gen.

Sebab 35: Acai Melawan Virus

Acai mengurangkan kekerapan jangkitan penyakit disebabkan oleh jangkitan virus, kulat dan bakteria.

Sebab 36: Acai Memulihkan Pencernaan

Serat dalam Acai membantu usus besar dan sistem pencernaan.

Sebab 37: Acai Memberikan Minda Yang Lebih Jelas

Acai membantu kepekaan dan fungsi mental dengan omega-3 dalam kandungannya.

Sebab 38: Acai Membantu Kesihatan Secara Keseluruhan

Dengan antioksidannya yang kuat Acai membantu membina dan memulihkan badan anda.

Sebab 39: Acai Membantu Kesinambungan Badan Kita

Acai membantu dalam perlindungan keseluruhan badan kita


Itulah antara 39 sebab-sebab mengapa kita perlu minum jus acai (monavie) setiap hari. Ada banyak lagi sebab –sebab lain, tetapi 39 sebab tersebutlah yang paling penting. Diharap anda telah membaca artikel ini dan telah membantu untuk lebih mengetahui tentang ACAI dan MONAVIE!


Untuk Maklumat lanjut,
Hubungi :

DR. KAMARUL ZAMAN MOHD MUSTAPHA
215,LORONG C/4,TMN INTAN,08000 SG PETANI,KEDAH
H/p: 017-417 9786 , H/p:017-355 7864


Monday, January 26, 2009

Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka

Neraca Akal Dan Nafsu – Semuanya Baik Belaka


Luahan satu...

Suatu ketika, aku pernah pergi kepada seorang kawan lelaki di kampungku dan bertanyakan
perihal apakah perkara yang beliau sukai pada waktu-waktu cuti.
“Khairul, apakah hobi kamu pada setiap hujung minggu ya?” maka beliau lantas menjawab,
“Biasanya aku akan pergi menonton wayang dengan awek aku...”

Luahan dua...

Pada waktu-waktu yang tertentu, aku juga sering berkongsi cerita bersama kawan-kawan di
kampus. Suatu ketika, kami pernah bercerita berkenaan permainan komputer game. Dan
seorang daripada kami telah menyatakan berkenaan keseronokan satu jenis pc game.
“Game ni memang best giler. Silap besar la kalau korang tak try main game ni. Aku sanggup
tak tidur malam semata-mata nak complete dia punya mission.” Begitulah penjelasan dan
luahan seorang kawan yang begitu ketagihan dengan permainan komputer.

Luahan tiga...

Begitu jugalah, pernah aku mendengar luahan seorang pemuzik dan pelakon. Apa katanya ya?

“Dalam bidang lakonan dan nyanyian ini, sebenarnya bukan nama yang kami cari, bukan juga
wang dan material. Tapi sebenarnya kami lebih mencari kepada kepuasan dalam bekerja dan
berkarya. Kami puas andainya semua orang menerima hasil kerja kami dengan gembira.”
Beginilah pendapat para artis apabila diminta memberikan komen berkenaan aktiviti mereka
sebagai ‘penghibur’.

Demikianlah juga halnya andai ditanya kepada para mat rempit, apakah kegiatan yang paling
baik dan menyeronokkan dalam hidup mereka? Tentulah ‘merempit’ dan segala hal yang
berkaitan dengan motor dan perlumbaan. Begitu juga kepada peminat wayang, mereka yang
suka melancong, mereka yang suka memasak, mereka yang suka menonton TV, mereka yang
suka menyaksikan perlawan bola atau gusti dan pelbagai lagi. Kecenderungan mereka untuk
mengatakan apakah yang baik dan menggembirakan bagi mereka, tentulah apa yang mereka
minati dan sukai berdasarkan hati dan fikiran mereka semata-mata.

Begitu jugalah sehingga kepada persoalan keagamaan, ibadah, mu’amalah, dan sebagainya.
Masing-masing mempunyai penilaian sendiri terhadap skop yang tertentu. Sedarkah kita,
bahawa wujudnya beberapa kesilapan berkenaan konsep methode penilaian seperti ini?

Ataukah kita langsung tidak menyedari, dan hanya menganggap ianya sebagai bentuk citarasa
manusia yang sememangnya pelbagai? Lalu membiarkan ia berlalu begitu sahaja...

Itulah hakikatnya, kita selalu alpa dan mengambil apa sahaja perkara yang dirasakan seronok
secara mentah-mentah dan tanpa penilaian yang benar. Sebahagian kita dan mungkin
kebanyakan daripada kita seringkali menilai atas rasa hati, nafsu, dan akal fikiran. Apa sahaja
yang dirasakan sesuai dengan timbangan akal dan hati, terus sahaja kita ambil. Benarkah
penilaian dengan konsep sebegini?

Lupakah kita? Bukankah kita seorang Muslim? Lalu apabila mengaku sebagai seorang Muslim,
apakah prinsip kita dalam menilai? Apakah asas kita dalam mengatakan tentang sesuatu itu,
samaada baik atau buruk? Sesuai atau tidak?

Hakikatnya, memang kita selalu terlupa. Dan mungkin ada yang sengaja melupakan. Terhadap
DUA sumber utama kita dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Ingatkah anda,
apa dua sumber itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan... iaitulah al-Qur’an (Kitabullah) dan as-
Sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah neraca timbangan kita. Yang mana seterusnya membawa kita
kepada redha Allah s.w.t..

Di dalam manhaj beragama dan “The way of Life” sebagai seorang muslim. Kebaikan itu tidak
boleh dikira semata-mata berdasarkan akal dan nafsu. Tapi, mestilah didahulukan kalam al-
Qur’an itu sendiri bersama al-Hadis sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan jalan yang
sebenar buat kita. Persoalannya, adakah kita telah benar-benar ikhlas dalam mendahulukan
kedua-dua sumber tersebut dalam setiap penilaian yang kita ambil?

Dengan itu, maka harus sewajarnyalah kita menilai semula keikhlasan dalam beragama ini,
lalu kembali melihat apakah dasar sebenar manhaj (prinsip) dalam memegangi agama ini.
Apakah akal dan nafsu itu asas kita, ataukah dalil itu yang harus diberi keutamaan?

Maka, berikut kita lihat maksud firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka
diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim
memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami
taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (an-Nuur: 51-52)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama
itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.” (al-Jaatsiyah: 18)

Ketahuilah, setiap apa yang benar itu, timbangannya adalah al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. itu sendiri. Dan bukanlah akal dan nafsu hati,
sebagaimana firman Allah berikut:

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini,
dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka
kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (al-
Mu’minuun: 71)

Dan Allah juga telah mengutuskan Rasulullah itu sebagai contoh dan role model terbaik yang
perlu dicontohi oleh setiap insan sebagaimana firman Allah ini:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.” (al-Ahzaab: 21)

Dan berikut sempat saya bawakan pesanan imam Malik Rahimahullah dan imam Abu Hanifah
Rahimahullah melalui riwayat berikut (maksudnya):

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran
kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’ ahlus sunnah). Ikutilah al-Qur’an yang
telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan
kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-
Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-
Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di
dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Oleh itu, dahulukanlah al-Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam setiap penilaian yang dibuat.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-
Hujuurat: 1)

Mitos mengenai CINTA

Mitos Mengenai Cinta

MITOS 1

````````````````````

Apabila anda jatuh cinta, anda akan ketahuinya.Orang akan selalu tertanya-tanya sama ada

mereka mengalami cinta yang sejati atau hanya terpengaruh semata-mata. Adalah perkara biasa

orang akan jadi keliru tentang perasaan yang dirasai, tetapi kadang-kadang itu tidak bermakna

anda tidak betul-betul jatuh cinta. Sebaliknya anda juga mungkin hanya terpengaruh atau

terpedaya dengan perasaan anda terutama jika anda masih muda.


MITOS 2

````````````````````

Apabila cinta telah menjelma, anda tidak dapat mengawalnya.Mitos ini mencadangkan bahawa

seolah-olah cinta itu sangat kuat dan berkuasa sehinggakan individu tidak mampu untuk

bertindak dengan bijak dan berfikir secara rasional. Mempercayai mitos ini akan membuat

individu melakukan perkara-perkara yang berdosa dan tidak senonoh kerana mengikut hati,

seperti kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa." Masalah sosial dan perlanggaran hukum

syarak yang terhasil di kalangan remaja banyak bermula daripada kepercayaan terhadap mitos

ini.


MITOS 3

`````````````````````

Cinta sejati kekal selama-lamanya.Perasaan cinta mungkin kekal selama-lamanya, tapi

malangnya hubungan tidak begitu. Jika hubungan putus di tengah jalan, kita mungkin cuba

mengubati hati dengan berkata bahawa itu bukan cinta sejati. Dengan itu membolehkan individu

mencari cinta yang lain yang dianggap boleh memberi mereka kegembiraan sepenuhnya.

Namun, adalah lebih realistik jika kita melihat cinta sebagai satu keadaan yang kadangkala

membahagiakan dan kadang-kadang mengecewakan.


MITOS 4

````````````````````

Cinta mampu mengatasi semua masalah.Tertipu dengan mitos inilah yang menyebabkan

pasangan bercerai-berai. Walaupun menghadapi banyak masalah dalam perhubungan,

pasangan masih berdegil dan meneruskan juga niat untuk berumahtangga kerana menganggap

selagi mereka mencintai antara satu sama lain, mereka mampu menyelesaikan semua masalah.

Memang cinta sejati banyak menolong menyelesaikan masalah rumahtangga, namun ia tidak

menjamin kejayaannya.

Sebagai penutupnya, renung-renungkanlah pendapat di atas bersabit dengan Cinta. Yang

menulis bukanlah Dr. Love…bukan juga yang berpengalaman besar dalam arena Cinta…tapi

hanyalah satu watak kecil dalam sebuah latar masyarakat yang tidak mahu orang lain

diperdayakan dengan “Mitos-mitos Cinta.” Sebagai nasihat penuh makna dari diri ini, “Kembalilah

bercinta dengan Pemberi Cinta!” Kerana, sesungguhnya: "Kasih dan cinta manusia hanya

SETITIS jika dibandingkan dengan LAUTAN cinta Allah dan sekiranya hilang yang SETITIS itu

tidak akan menjejaskan hidupmu andai yang SELAUTAN itu masih kau miliki."

Wallahu ta’ala a’laam.

Menjadikan Diri Secantik CLOEPATRA

Menjadikan Diri Secantik CLOEPATRA

“CLEOPATRA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG WANITA YANG SANGAT CANTIK.MANAKAN TIDAK,KERANA KECANTIKANNYA ITULAH TELAH TUNDUK DUA ORANG YANG PALING BERKUASA DI ROM PADA WAKTU ITU.SEORANG BERGELAR CEASER DAN SEORANG LAGI JENERAL PERANG”

Kedua-dua lelaki ini, Julius Ceaser dan Mark Anthony akhirnya terbunuh.Secara tidak langsung kematian mereka dikaitkan atas kehadiran Cleopatra dalam system pemerintahan Rom purba.

Benarkah dia cantik? Menonton filem-filen tentang Cleopatra terutama yang dilakonkan oleh Elezabeth Taylor misalnya,kita akan mengatakan,ya dia memang cantik.

Satu patung Cleopatra yang dipamerkan di sebuah muzium Britain menggambarkan tubuhnya sederhana,tinggi tidak lebih 1.52 metre dan tembam.Patung ini direka berpandukan teknologi penjelmaan wajah terkini.Tetapi pada ukuran begini,Cleopatra tidaklah secantik mana,malah sudah tentu kecantikan Elizebeth Taylor jauh mengatasi.

Masalahnya,kenapa Julius Ceaser dan Mark Anthony hingga jadi ‘mabuk’ ?

Cleopatra dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama 3 abad.Dia mula berkuasa ketika berumur 17 tahun.3 tahun selepas berkuasa,dia menggoda pemerintah Rom,Julius Ceaser.Akibatnya lahir seorang anak,Ceasarion.

Bagaimana Julius Ceaser begitu mudah tunduk padahal dia dikelilingi para jelitawan Rom yang pastinya mengatasi Cleopatra ?Mengapa Ceaser tidak sedar strategi Cleopatra menjalin hubungan dengannya barangkali untuk menyelamatkan Mesir daripada kuasa Rom?
Padahal Empayar Rom kerap mengancam untuk menakluki Mesir,manum gara-gara Julius Ceaser yang lemah oleh seorang wanita yang tidak begitu cantik ini telah membuatkan Mesir kekal merdeka selama 20tahun berikutnya.

Bukan hanya dengan Julius Ceaser bahkan dengan Jeneral Perang Mark Anthony juga.Apa yang membuatkan kedua-dua lelaki ini saling menyimpan cinta berahi terhadap Cleopatra? Mark Anthony lebih kalut lagi apabila dia membunuh diri apabila dia mengetahui Cleopatra telah mati.Bukankah dia itu seorang jeneral perang yang sudah semestinya gagah,berjiwakan besi?

Wajah yang mendomonasi

Inilah ajaibnya perasaan.Usah sangka cinta yang hanya akan lahir oleh kecantikan ataupun ketampanan.Cinta boleh lahir dengan tidak terduga.Entah apa yang telah menjadi minat hatinya.Jika wajah serta susuk tubuh tidak begitu mengancam sebagaimana Cleopatra,apalagi modal yang telah membuatkan kedua-dua lelaki perkasa serta bijaksana ini begitu luntur sekali?

Realitinya,kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka,tetapi wajah yang lebih mendominasi.Antara muka dengan wajah ada bezanya.Muka adalah apa yang dipamerkan seadanya ia,sedangkan wajah adalah mukayang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza,diperkuatkan oleh suara,senyuman,hati yang bersih,lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan.

Menghiasi wajah ataupun berhias tidaklah salah asalkan tidak melampau-lampau,tujuannya jelas untuk yang berhak serta tidak melanggar yang diharamkan.

Jadi, sebagaimana Cleopatra yang dikatakan tembam itu,setiap orang yang serupa masih boleh diberikan dekorasi untuk tampil lebih anggun lagi meyakinkan,asalkan kena dan sesuai caranya.

Usah risau kalau orang kata wajah kita tidak jelita,sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja,sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza.Kalau dia menganggap kita tidak jelita,belum tentu semua orang pun sama.Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita,lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa.

Tidakkah itu benar ?Fikir-fikirkan lah

(Text copied from MW_January edision)

Wednesday, December 31, 2008

Sahabat.,jalan ini bukan mudah..

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu..

Tulus,
Sahabatmu tercinta




Monday, November 3, 2008

7 persons whom Allah will give Shade of His Thrown on the Judgement Da


Hazrat Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said, "Seven are (the persons) whom Allah will give Shade of His Thrown on the Day when there would be no shade other than His Throne's Shade: A just ruler; a youth who grew up worshipping Allah; a man whose heart is attached to mosques; two persons who love and meet each other and depart from each other for the sake of Allah; a man whom an extremely beautiful woman seduces (for illicit relation), but he (rejects this offer by saying): `I fear Allah'; a man who gives in charity and conceals it (to such an extent) that the left hand does not know what the right has given; and a person who remembers Allah in solitude and his eyes well up".
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: This Hadith mentions seven types of people whom Almighty Allah provides special protection or His Throne's Shade. In some Ahadith this blessing has also been promised for some noble actions over and above those which have been mentioned here. Some `Ulama' including As-Sakhkhawi and Al-Hafiz Ibn Hajar have given a list of seventy such actions. Imam As-Suyuti said: "The (present) Hadith mentions only seven qualities to bring into prominence their importance and also the importance of acting upon them'.

Saturday, November 1, 2008

Bidadari-Munif Ahmad

Bidadari
Album :
Munsyid : Munif Ahmad
http://liriknasyid.com

Bidadari - MUNIF AHMAD

Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

-Hasad-


Renungan bersama..
Hasad adalah suatu sifat atau sikap dengki atau irihati terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang dari tangan orang yang berkenaan.

Pada hakikaatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia mahu dapat pula memperolehi nikmat seperti itu, tapi tidak kemampuan untuk mendapatkannya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Quran:
" Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya." ( Al- Imran:120 )
Akibat dari hasad bukan sahaja merosak diri orang lain, tetapi juga merosak diri sendiri. Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan supaya orang-orang yang beriman baik lelaki mahu pun perempuan sulalu memohon perlindungan diri dari penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam Al-Quran:
" Dan aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."
( Al-Falaq:5 )
Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan:
" Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? Iaitu apabila engkau buruk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti." ( HR, Abu Daud )


Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Ibnurashidi: Hikayat Egois Lelaki

Ibnurashidi: Hikayat Egois Lelaki

Wajah Orang Beriman Bercahaya,Wajah Orang Kafir Diliputi Kehinaan


Wajah Orang Beriman Bercahaya,Wajah Orang Kafir Diliputi Kehinaan

Salah satu rahasia yang diungkapkan Allah dalam al-Qur'an adalah bahawa keimanan dan kekufuran tercermin di wajah dan kulit manusia. Di beberapa ayat, Allah memberitahukan bahawa terdapat cahaya di wajah orang-orang beriman, sedangkan wajah orang-orang kafir diliputi kehinaan:


“Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk Kerana hina, mereka melihat dengan pandangan yang lesu …” (Q.s. asy-Syura: 45).

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan ada tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan memperoleh balasan yang setimpal dan mereka diliputi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari azab Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Q.s. Yunus: 26-7).

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut, wajah orang-orang kafir diliputi oleh kehinaan. Sebaliknya, wajah orang-orang beriman bercahaya. Allah menyatakan bahawa mereka dikenal Kerana adanya bekas sujud pada wajah mereka:

“Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud…” (Q.s. al-Fath: 29).

Dalam ayat-ayat lainnya, Allah memberitahukan bahawa orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa dikenali dari wajah
mereka:

“Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubunubun dan kaki mereka.” (Q.s. ar-Rahman: 41).

“Dan kalau kami menghendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benarbenar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka, dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.” (Q.s. Muhammad: 30).

Keajaiban dan rahasia penting yang diungkapkan dalam al-Qur'an adalah adanya perubahan fizik yang terjadi pada wajah seseorang. Hal itu tergantung pada keimanan dan dosa seseorang. Keadaan ruhani menghasilkan pengaruh fizik pada tubuh, sekalipun bentuknya tetap sama, namun ekspresi wajah dapat berubah, yakni wajahnya diliputi kegelapan atau cahaya. Jika Allah menghendaki, orang yang beriman dapat melihat keajaiban ini yang ditunjukkan kepada orang-orang.