Rasulullah s.a.w bersabda :
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.”
( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
Kita selalu mendengar tentang manjakani serta khasiatnya untuk wanita. Disini ingin saya kongsikan lebih mendalam tentang buah manjakani serta kegunaanya dalam perubatan.Semoga bermanfaat untuk semua
MANJAKANI BUAH AJAIB
Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.
Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.
Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan
Sumber: Mingguan Wanita - 1 Mac 2004
Petua Menegangkan Kulit yang Kendur
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.
Cara: Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Kekuatan daya fikiran adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Tidak guna jika badan kuat tapi akal lemah. Orang yang bertubuh kecil dapat mengalahkan orang bertubuh besar dengan menggunakan akal fikiran. Orang miskin dapat jadi kaya dengan izin tuhan, menggunakan akal. Pekerja bawahan dapat jadi ketua jabatan dengan menggunakan akal. Orang yang menggunakan kecerdikan akal fikiran dapat memperolehi apa sahaja yang dihajati.
Dalam kitab tua ada menyebut cara untuk membuat makjun untuk menggalakkan pertumbuhan daya akal fikiran agar menjadi cerdas. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
Buah kurma
Buah badam
Kismis akar manis (liquorice)
Madu lebah
Halia kering
Tumbuk atau kisarkan kesemua bahan tadi, kemudian gaulkan bersama madu sehingga sebati. Dengan cara ini ia tahan lebih lama untuk disimpan. Ini dinamakan makjun cair.
Untuk menjadikan makjun berbiji, tumbuk atau kisar kesemua bahan, gaulkan bersama madu dan minyak sapi kemudian masak hingga sebati. Jadikan ia bebola bulat kecil untuk disimpan.
**Pantang: Jangan makan kepala ikan atau masakan yang ada kepala ikan di dalamnya, dan jangan terlalu kerap makan asam.
Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.
Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.
Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.
“Saya akan menceraikan isteri”
Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. “Sabar ya… sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi,” begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.
Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.
Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.
“Saya berjanji akan mengahwini anda”
Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. “Tenang ya… sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda.” Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.
Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.
“Saya akan bawa anda ke rumah”
Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya memerlukan masa yang sesuai” atau “saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini,” adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.
“Saya pasti datang ke rumah anda”
Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.
“Cuma kamu yang ada di hatiku”
Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “Hanya kamu yang ada di hatiku?” Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.
“Aku akan membahagiakanmu”
Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.
“Selalu berada di sisi saat memerlukan”
Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.
**pesanan saya yang menulis :
Mmg betul la apa yang dikata…lelaki ni belum dapat huh….janji punya la bagus…kalah romeo…bila dah jadi bini nak tolong bini buang sampah…kat tong sampah tepi rumah pon malas…semua keja bini….
Janji intan belian…kapal terbang…bukit la gunung everest, last sekali nga…nga.. je la bini ni…kena usaha sendiri….
Kebanyakkan lelaki kalau nak dapatkan perempuan sama je taktiknya…cuma yg betul2 hati luhur akan mengotakan janji…kalau yang dah beisteri nak tambah cawangan biasalah…ayat2 manis mainan di mulut untuk tinggikan saham sahaja.
Wahai wanita2 sekalian berhati2 dijalan raya jangan mudah terpedaya buruk padahnya merana lah jiwa pikir lah semasak-masaknya
MonaVie merupakan gabungan 19 jenis buah-buahan yang paling berkhasiat di dunia yang membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.
Jus tersebut mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia.Ia telah membuktikan bahawa gabungan jus tersebut memang boleh membealkan khasiat yang optimum untuk keperluan badan kita.
The acai berry (pronounced “ah-sigh-ee”) is a small grape-sized berry that grows in the Amazon Rainforest of Brazil. Natives of the region have harvested this berry as part of their diet for hundreds of years.
The much desired acai fruit is only 10% of the actual berry. The other 90% is made up of the seed or pit. The acai berry is harvested by the thousands and put through a process that separates the pulp from the seed to produce a thick, edible puree.
America Discovers the Acai Berry
Although the acai berry is legendary in Brazil, only recently has its popularity spread to America. Doctors, scientists, nutritionists and countless media outlets rave about its many nutritional qualities and health benefits
This recent surge of interest in the acai berry has been aided by Bestselling author and anti-aging expert Dr. Nicholas Perricone who has touted the berry as the “Number one super food in the world” in his book “The Perricone Promise” and in appearances on TV shows such as Oprah.
Calling the acai berry “the number one super food in the world” might sound like a stretch, but this view is not unfounded. The little berry is packed with an amazing amount of free-radical fighting antioxidants and is considered to have the best overall nutritional value of any fruit on earth.
Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method used by the USDA of measuring antioxidant capacities of different foods. As you can see below, other popular fruits don’t even come close to the antioxidant power of the acai berry.
Acai Power
All this talk about antioxidants and nutritional value, what does it mean exactly? In simple terms, the acai berry can help:
Support the immune system
Aid in weight loss
Improve digestion
Reduce pain and soreness
Promote healthy sleep
Increase energy & stamina
Increase libido
Fight cancer & disease
Lower blood pressure
Fight aging & inflammation
Protect against heart disease
Palate Pleaser
With all of this nutritional value and antioxidants, the acai berry must taste awful, right? Wrong. The acai berry has a flavor that is best described as a delicious blend of berries and chocolate. Perhaps that’s why the Wall Street Journal recently ran an article about how acai berry is replacing wheatgrass as the drink of choice at health bars all over the country.
Not only is acai berry replacing wheatgrass as the new health fad, it also seems to be the newest fad diet as well. Clever companies are realizing what a huge discovery acai berry is and capitalizing on it with heavily marketed diet supplements. While many of these weight loss claims are exaggerated, the acai berry has been scientifically proven to contain several key ingredients that aid in boosting the metabolism, suppressing appetite, and building muscle tone.
The Acai Inconvenience
The acai berry sounds too good to be true doesn’t it? That’s because, unfortunately, it kind of is. You see, unless you live in the middle of the Amazon Rainforest, you can’t just go down to the grocery store and buy a bucket of them. They are extremely perishable and spoil within a day of being picked from the tree.
Of course this is great news for large companies who can process the stuff, mix it with normal fruit juices, and sell it for a lots of money per bottle (We won’t name names). Other acai products are just out there to jump on the recent acai popularity bandwagon, and are made in such a way that they keep hardly any of the nutritional qualities of fresh acai.
Fortunately, there are ways to get your hands on this super food. Although we don’t sell any acai products ourselves (we simply research and study the acai berry), this site will inform you of all aspects, studies, and health benefits of the acai berry and show you what to look for in a quality acai product.
39 Sebab Mengapa Anda Perlu Minum Jus Acai Setiap Hari
Sebab 1: Acai Mengurangkan Tindakan Penuaan
Monavie dapat membantu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi anti-oksidan yang kuat dan zat-zat pemulihan yang membantu sel-sel bertugas secara optimum.
Sebab 2: Acai Membantu Anda Tidur Dengan Lebih Nyenyak
Oleh kerana jus ini mengandungi khasiat seperti vitamin B dan lain-lain, Acai dapat mengurangkan tahap stres anda dan membantu komunikasi di antara sel-sel otak.Ini dapat dilakukan kerana Acai membantu menghasilkan penghantar-neuro, di antaranya serotonin dan dopamine.
Sebab 3: Acai Meningkatkan Tahap Tenaga Anda
Monavie boleh dan sememangnya digunakan oleh atlit-atlit terkenal seperti Venus Williams kerana Jus Acai mengandungi pelbagai zat terutamanya lipids yang bertanggungjawab meningkatkan tahap tenaga anda.Ini membolehkan Monavie diminum setiap hari untuk memulihkan tenaga anda terutamanya sebelum sebarang aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.
Sebab 4: Acai Mengurangkan Kolesterol Yang Tinggi
Acai mengandungi EFAs iaitu asid lemak penting.Asid-asid ini mengekal kolesterol ‘baik’ (iaitu kolesterol HDL) dan dalam masa yang sama ia mengurangkan tahap kolesterol yang ‘jahat’ (iaitu kolesterol LDL).Kedua-dua tindakan ini, yang dilakukan oleh EFA, akan menghasilkan pengaliran darah yang lebih lancar untuk badan anda.
Sebab 5: Acai Memulihkan Kesihatan Seks Anda!
Acai mempunyai sifat-sifat antioksidan dan antikerengsaan dan dapat memulihkan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran, stress dan faktor-faktor yang dikaitkan dengan radikal bebas.
Sebab 6: Acai Membantu Mengurangkan Berat Badan Anda
Sekiranya anda sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan anda, Monavie sangat berguna untuk anda!Dengan meminum Monavie, anda akan mudah mengurangkan berat badan anda kerana Acai melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal selera anda.Ini kerana Acai memiliki indeks glisemik yang rendah.
Sebab 7. Acai Membantu Mengurangkan Tahap Stres Anda
Acai sangat-sangat membantu anda dalam mengatasi masalah stress anda kerana Acai dapat mengatur/menyesuaikan tahap stress dalam badan anda dan kemudian membaikinya.
Sebab 8: Acai Memudahkan Pusingan Haid Wanita
Berita baik untuk wanita!Terutamanya untuk wanita yang sentiasa mengalami kesakitan setiap bulan.Acai kaya dengan kalsium dan ini membantu memudahkan dan mengurangkan sakit perut dan kekejangan.
Sebab 9: Acai Membantu Anda Melawan Kedutan
Acai mengandungi ‘phytisterols’ dan ‘anthocyanins’ yang sangat tinggi dan amat baik untuk melindungi kolagen (dan lain-lain tisu penghubung).Anda akan dilindungi dari kedutan pramasa.
Sebab 10: Acai Menguatkan Gigi
Selain dari membantu mengurangkan sakit perut dan kekejangan, kandungan kalsium dalam Acai juga membantu menguatkan gigi anda, menjadikan senyuman anda lebih menarik dan mengelakkan penyakit-penyakit gusi.
Sebab 11: Acai Dan Penglihatan Anda!
Jus Acai memulihkan penglihatan anda dan mengurangkan komplikasi penglihatan untuk pesakit kencing manis.Ini dibolehkan oleh kandungan vitamin C dan beta-kerotin dalam Acai.
Sebab 12: Acai Membantu Tona/Warna Kulit Anda
Kandungan ‘phytosterols’ membantu mengurangkan warna kusam kulit anda dan memulihkan tona warna kulit anda.
Sebab 13: Acai Melindungi Salur Darah
Dengan meminum jus Acai anda akan melindungi arteri, kapilari, pembuluh darah dan saluran darah.Acai mengandungi ‘anthocyanins’ yang akan membolehkan ini berlaku.
Sebab 14: Acai Akan Memulihkan Ketahanan Terhadap Penyakit
Oleh kerana Acai mengandungi pelbagai zat, monavie membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan penolakan terhadap pelbagai jenis penyakit.
Sebab 15: Acai Memulihkan Lipid Dan Glukos
Acai mempunyai indeks glisemik yang rendah dan ini dapat memulihkan kedua-dua tahap lipid dan glukos.
Sebab 16: Acai Menyahtoksin Dan Membersihkan Badan Anda
Selama ini, Acai telah digunakan untuk mengeluarkan toksin dari badan manusia.
Sebab 17: Acai Dapat Membantu Menyembuhkan Ulser
Sifat Acai yang anti-bakteria membolehkannya menusnahkan kulat, bakteria serta parasit yang menyebabkan ulser.
Sebab 18: Acai Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2004 (terdapat dalam Arkib Neurologi), orang yang meminum Acai telah mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana kandungan vitamin E dan C dalam Acai yang tinggi.
Sebab 19: Acai Sangat-Sangat Membantu Mengurangkan Penyakit Tulang Rapuh (Osteoporosis)
Kandungan kalsium Acai yang tinggi dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.
Sebab 20:Acai Melawan Penyakit BPH (Pembesaran Prostate – Kelenjar Di Sekitar Pundi Kencing Lelaki)
Acai dapat melawan BPH (benign prostate hyperplasia) atau lebih dikenali sebagai pembesaran/pembengkakan kelenjar prostate.
Sebab 21: Acai Membantu Menghalang ‘Retinopathy’
Acai adalah berita baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) kerana ia membantu menguatkan kapilari darah yang telah lemah yang menyebabkan ‘retinopathy’.Penyakit ini mungkin menyebabkan seseorang menjadi buta.
Sebab 22:Acai Dapat Mengelakkan Punca-Punca Penyakit Jantung
Acai mengandungi agen pelindung jantung yang kuat iaitu sejenis antioksidan dikenali sebagai ‘polyphenols’.Penghasilan nitrik oksida dibantu oleh ‘anthocyanin’.Nitrik oksida ini membantu menenangkan dan membesarkan dinding salur darah.Ini dapat mengurangkan stres terhadap jantung anda.Ini dapat meningkatkan pengaliran darah dan risiko salur darah tersumbat akan dikurangkan.
Sebab 23: ‘Sterol’ Tumbuhan Dalam Acai Dapat Membantu Mengurangkan Tekanan Darah
‘Sterol’ memberikan banyak kebaikan untuk badan anda.Ia adalah membran sel tumbuhan yang selalu digunakan dalam rawatan berkaitan dengan tekanan darah.
Sebab 24: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Asma.
Acai dapat memulihkan tanda-tanda penyakit asma kerana ia mengandungi banyak vitamin C iaitu sejenis antioksidan yang kuat.Vitamin C mengandungi ciri-ciri anti-kerengsaan yang dapat melegakan tanda-tanda asma.
Sebab 25: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Crohn
Sifat anti-kerengsaannya yang tinggi dapat menghalang kelemahan penyerapan zat-zat yang penting untuk badan.Oleh itu, Acai dapat membantu mengelakkan kerosakan dinding usus kecil.
Sebab 26: Acai Membantu Meredakan Kesakitan Disebabkan Oleh Atritis (Penyakit Sendi)
Sifat anti-kerengsaan yang terdapat dalam Acai dapat membantu meredakan sakit yang disebabkan oleh penyakit sendi.
Sebab 27:Acai Penghalang Radikal Bebas Dari Merosakkan Sistem Pertahanan (Imun) Badan
Pengoksidaan (kerosakan disebabkan radikal bebas) adalah salah satu sebab utama kelemahan sistem ketahanan.Acai melawan ini dari berlaku dengan menguatkan sistem ketahanan badan.
Sebab 28: Acai Bertindak Sebagai Astringen
Astringen ialah bahan yang mengecutkan dan menguatkan tisu badan seperti kulit.Astringen digunakan untuk menghentikan pendarahan disebabkan luka kecil dan menyegarkan kulit.
Sebab 29: Acai Melawan Kanser
Acai menghalang dan mengurangkan risiko kanser.Acai melawan kanser payudara, kulit, perut dan paru-paru dengan cara meneutralkan radikal bebas sebelum mereka memudaratkan sel-sel.
Sebab 30: Acai Mengatasi Refluks Asid
Kandungan anti-oksidan membolehkan Acai melindungi dan memulihkan esofagus yang dimusnahkan oleh penyakit refluks asid (GERD).Acai juga mengurangkan keasidan kandungan isiperut semasa refluks berlaku.Ini kerana Acai mengandungi kesan penahan.
Sebab 31: Acai Menguatkan Badan Anda
Aca mengandungi protin yang lebih banyak dari telur dan membolehkannya membantu badan anda menjadi kuat.
Sebab 32: Acai Meningkatkan Pengecutan Dan Pembinaan Otot
Acai mengandungi campuran galian dan asid amino yang membolehkannya membantu otot mengecut dan membina semula otot selepas aktiviti yang memenatkan.
Sebab 33: Acai Memulihkan Fungsi Sel Imunisasi.
Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Sukan, Acai memulihkan fungsi sel imunisasi dengan cara mengubahsuaikan limfosit dan menghalang penahanan imunisasi ‘beta-sitosterol’ yang terdapat di dalamnya.
Sebab 34: Acai Bertindak Sebagai Anti-Mutasi
Acai membantu menghalang kerosakan struktur DNA dan mengurangkan risiko disebabkan oleh mutasi gen.
Sebab 35: Acai Melawan Virus
Acai mengurangkan kekerapan jangkitan penyakit disebabkan oleh jangkitan virus, kulat dan bakteria.
Sebab 36: Acai Memulihkan Pencernaan
Serat dalam Acai membantu usus besar dan sistem pencernaan.
Sebab 37: Acai Memberikan Minda Yang Lebih Jelas
Acai membantu kepekaan dan fungsi mental dengan omega-3 dalam kandungannya.
Sebab 38: Acai Membantu Kesihatan Secara Keseluruhan
Dengan antioksidannya yang kuat Acai membantu membina dan memulihkan badan anda.
Sebab 39: Acai Membantu Kesinambungan Badan Kita
Acai membantu dalam perlindungan keseluruhan badan kita
Itulah antara 39 sebab-sebab mengapa kita perlu minum jus acai (monavie) setiap hari.Ada banyak lagi sebab –sebab lain, tetapi 39 sebab tersebutlah yang paling penting.Diharap anda telah membaca artikel ini dan telah membantu untuk lebih mengetahui tentang ACAI dan MONAVIE!
Untuk Maklumat lanjut,
Hubungi :
DR. KAMARUL ZAMAN MOHD MUSTAPHA
215,LORONG C/4,TMN INTAN,08000 SG PETANI,KEDAH
H/p: 017-417 9786 , H/p:017-355 7864
Suatu ketika, aku pernah pergi kepada seorang kawan lelaki di kampungku dan bertanyakan perihal apakah perkara yang beliau sukai pada waktu-waktu cuti. “Khairul, apakah hobi kamu pada setiap hujung minggu ya?” maka beliau lantas menjawab, “Biasanya aku akan pergi menonton wayang dengan awek aku...”
Luahan dua...
Pada waktu-waktu yang tertentu, aku juga sering berkongsi cerita bersama kawan-kawan di kampus. Suatu ketika, kami pernah bercerita berkenaan permainan komputer game. Dan seorang daripada kami telah menyatakan berkenaan keseronokan satu jenis pc game. “Game ni memang best giler. Silap besar la kalau korang tak try main game ni. Aku sanggup tak tidur malam semata-mata nak complete dia punya mission.” Begitulah penjelasan dan luahan seorang kawan yang begitu ketagihan dengan permainan komputer.
Luahan tiga...
Begitu jugalah, pernah aku mendengar luahan seorang pemuzik dan pelakon. Apa katanya ya?
“Dalam bidang lakonan dan nyanyian ini, sebenarnya bukan nama yang kami cari, bukan juga wang dan material. Tapi sebenarnya kami lebih mencari kepada kepuasan dalam bekerja dan berkarya. Kami puas andainya semua orang menerima hasil kerja kami dengan gembira.” Beginilah pendapat para artis apabila diminta memberikan komen berkenaan aktiviti mereka sebagai ‘penghibur’.
Demikianlah juga halnya andai ditanya kepada para mat rempit, apakah kegiatan yang paling baik dan menyeronokkan dalam hidup mereka? Tentulah ‘merempit’ dan segala hal yang berkaitan dengan motor dan perlumbaan. Begitu juga kepada peminat wayang, mereka yang suka melancong, mereka yang suka memasak, mereka yang suka menonton TV, mereka yang suka menyaksikan perlawan bola atau gusti dan pelbagai lagi. Kecenderungan mereka untuk mengatakan apakah yang baik dan menggembirakan bagi mereka, tentulah apa yang mereka minati dan sukai berdasarkan hati dan fikiran mereka semata-mata.
Begitu jugalah sehingga kepada persoalan keagamaan, ibadah, mu’amalah, dan sebagainya. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri terhadap skop yang tertentu. Sedarkah kita, bahawa wujudnya beberapa kesilapan berkenaan konsep methode penilaian seperti ini?
Ataukah kita langsung tidak menyedari, dan hanya menganggap ianya sebagai bentuk citarasa manusia yang sememangnya pelbagai? Lalu membiarkan ia berlalu begitu sahaja...
Itulah hakikatnya, kita selalu alpa dan mengambil apa sahaja perkara yang dirasakan seronok secara mentah-mentah dan tanpa penilaian yang benar. Sebahagian kita dan mungkin kebanyakan daripada kita seringkali menilai atas rasa hati, nafsu, dan akal fikiran. Apa sahaja yang dirasakan sesuai dengan timbangan akal dan hati, terus sahaja kita ambil. Benarkah penilaian dengan konsep sebegini?
Lupakah kita? Bukankah kita seorang Muslim? Lalu apabila mengaku sebagai seorang Muslim, apakah prinsip kita dalam menilai? Apakah asas kita dalam mengatakan tentang sesuatu itu, samaada baik atau buruk? Sesuai atau tidak?
Hakikatnya, memang kita selalu terlupa. Dan mungkin ada yang sengaja melupakan. Terhadap DUA sumber utama kita dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Ingatkah anda, apa dua sumber itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan... iaitulah al-Qur’an (Kitabullah) dan as- Sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah neraca timbangan kita. Yang mana seterusnya membawa kita kepada redha Allah s.w.t..
Di dalam manhaj beragama dan “The way of Life” sebagai seorang muslim. Kebaikan itu tidak boleh dikira semata-mata berdasarkan akal dan nafsu. Tapi, mestilah didahulukan kalam al- Qur’an itu sendiri bersama al-Hadis sunnah Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan jalan yang sebenar buat kita. Persoalannya, adakah kita telah benar-benar ikhlas dalam mendahulukan kedua-dua sumber tersebut dalam setiap penilaian yang kita ambil?
Dengan itu, maka harus sewajarnyalah kita menilai semula keikhlasan dalam beragama ini, lalu kembali melihat apakah dasar sebenar manhaj (prinsip) dalam memegangi agama ini. Apakah akal dan nafsu itu asas kita, ataukah dalil itu yang harus diberi keutamaan?
Maka, berikut kita lihat maksud firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (an-Nuur: 51-52) “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (al-Jaatsiyah: 18)
Ketahuilah, setiap apa yang benar itu, timbangannya adalah al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. itu sendiri. Dan bukanlah akal dan nafsu hati, sebagaimana firman Allah berikut:
“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (al- Mu’minuun: 71)
Dan Allah juga telah mengutuskan Rasulullah itu sebagai contoh dan role model terbaik yang perlu dicontohi oleh setiap insan sebagaimana firman Allah ini:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al-Ahzaab: 21)
Dan berikut sempat saya bawakan pesanan imam Malik Rahimahullah dan imam Abu Hanifah Rahimahullah melalui riwayat berikut (maksudnya):
Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’ ahlus sunnah). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al- Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)
Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al- Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)
Oleh itu, dahulukanlah al-Qur’an dan Rasulullah s.a.w. dalam setiap penilaian yang dibuat.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al- Hujuurat: 1)