Friday, August 15, 2008

Dialog dua hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu,
Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian.. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku
ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku
park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase
aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku
nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last,
sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan
sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure
kita berdua still hidup lagi.

No comments: