Sunday, August 31, 2008

SUNNAH MENGKHATAM AL-QURAN PADA BULAN RAMADAN - - Warga New Zealand akan berpuasa pada 02092008(Selasa)

Assalamualaikum..

Bru je td.. FIANZ(singkatan utk The Federation of Islamic Assiciation of New Zealand) telah umum bahawa sume warga New Zealand akan berpuasa pada 2 September 2008 (Selasa)..nmpk nye mcm thn lepas jugak la..puasa lewat sehari dr Malaysia..
Ini adalah notice yg ade kt page fianz..boleh klik text di bawah ni utk melawati website fianz,NZ

The moon was not sighted so Ramadhan will begin on Tuesday 02 September.

Dgr kabar sahabat2 kite d Aussie akan berpuasa esok..Selamat Berpuasa diucapkan =)
Jadi,kepade sape2 yg nk stock up siap2 keperluan dapur sepanjang minggu ni ke..sila la berbuat demikian esok..hehe..semoga tk menggangu proses beramal di sepanjang cuti nnt,insyaAllah =p

Hmm..nk ckp psl ape eh hr ni..ape kata jom bace tazkirah sket pasal puasa+Ramadhan..
Hari ni kite nk citer pasal sunnah mengkhatam Al-Quran pada bulan Ramadhan
InsyaAllah sy akn cuba sertakan hadis2 dan juga maksud ayat Al-Quran berkaitan tajuk ini..
sekadar ingatan..klu ade salah mn2..jgn segan2,sila betulkan ye..moga sama2 belajar benda baru..



Firman Allah : Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi petunjuk bagi seluruh manusia,menjadi keterangan keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” – Surah al-Baqarah: 185.

SUNNAH MENGKHATAM AL-QURAN PADA BULAN RAMADAN

Ramadan adalah bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan itu diturunkan al-Quran, terdapat lailatulqadar, digandakan amalan, syaitan-syaitandirantai dan pelbagai keistimewaan lain yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Antara amalan paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan Ramadan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-Quran. Tsabit perbuatan Nabi s.a.w mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun baginda diwafatkan.

Abu Hurairah r.a berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril a.s sentiasa melawat al-Quran-Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi s.a.w diwafatkan, Jibril telah datang melawat al-Quran baginda sebanyak dua kali.” –Hadis riwayat al-Bukhari. Ibn al-Atsir r.a berkata: “Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘melawat’ di sini ialah Jibril akan mengajar seluruh isi kandungan al-Quran kepada baginda dan mengkhatamnya.”
– Rujuk Kitab al-Jami’ fi Gharib al-Hadis, jil. 4, ms. 64.
Ini bermakna, sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamnya sambil menghayati makna ayat bukan sekadar membaca sahaja. Ini kerana, tujuan membaca al- Quran akan hilang tanpa menghayati isinya.

Menurut Ibrahim al-Nakha’i, al-Aswad mengkhatam al-Quran dua malam sekali pada bulan Ramadan. – Rujuk al-Siir, jil. 4, ms. 51.

Qatadah pula mengkhatam al-Quran setiap minggu. Pada bulan Ramadan, dia mengkhatam al-Quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadan, dia akan mengkhatam pada tiap-tiap malam. – Rujuk al-Siir, jil. 5, ms. 276.
Mujahid pula mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan. – Rujuk al-Tibyaan karya al-Nawawi, ms. 74 dengan sanad sahih.
Menurut Mujahid, Ali bin al-Azdiy mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan.
–Rujuk Tahzib al-Kamal, jil, 2, ms. 983.

Menurut al-Rabi’ bin Sulaiman, Imam Syafi e mengkhatam al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan.
- Rujuk al-Siir, jil. 10, ms. 36.




AL-QURAN MAMPU MENGGETARKAN JIWA

Al-Quran bukan sekadar kitab suci buat umat Islam malah panduan buat kaum yahudi dan kristian.Paling utama, al-Quran mampu menaikkan bulu roma sesiapa yang membacanya secara tadabur.
Tidak pernahkah kita mendengar golongan kuffar yang mengkaji al-Quran akhirnya kembali juga kepada agama fitrah, iaitu Islam. Hal ini tidak dapat disangkal kerana ALLAH sendiri menegaskannya.
Sesiapa sahaja yang beriman dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran sama ada muslim atau kafir, pasti hatinya tergerak untuk kembali mendekatkan diri kepada ALLAH. Sebab itulah go longan kuffar berusaha keras menghalang anak-anak mereka dari membaca dan menghayati al-Quran.
Jika begitulah keadaan orang kafir yang membaca dan mengkaji al-Quran apatah lagi jika dibaca dan dihayati oleh orang Islam.

Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, maka bertambahlah iman mereka dan kepada TUHAN mereka jualah mereka berserah.”
– Surah al-Anfal: 2.



InsyaAllah..setakat ni dulu yer..esok kite smbung lg..dah kul 2.24 pagi..hehe..ngntuk pulak.. =p
semoga sama2 dapat sedikit ilmu yg bermanfaat dr penulisan yg tk seberapa ini..
andai ada kesalahan(maklum la mata pn bukak tk brape btoi pg2 neh..)..,teguran dr kalian amat lah diharap kan..
Sekian dulu..Assalamualaikum

**Sepanjang bulan Ramadhan ini..nantikan artikel2 yg menarik n bermanfaat utk kita..insyaAllah.Semoga segala ilmu yg diperoleh dapat menambah barokah dlm amalan kita di bulan yg mulia ini..-Nur Tasnim-

No comments: