Friday, August 15, 2008

Lawak hari ini :: Aku Mat Rempet

Kisah ni sy dpt dr email..
so paste kn kt sni..kasik korang sume bc..hehe

Tajuk :: Aku Mat Rempet

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan
motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.
Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang
seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.
Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk
belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku
tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,
Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk
sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai
kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak
nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri
sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.
Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku
terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje…
Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang
sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak
tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku
balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.
Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.
Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh
awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka
idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari
tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa
betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader
lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak
jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan
helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk
lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut
ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2
tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku
cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu
tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi.

No comments: